pembelajaran secara visual - sidang video atau "video teleconferencing"


Sepertimana yang kita tahu, pembelajaran pada zaman sekarang adalah lebih mudah kerana semuanya terletak dihujung jari. Jadi, kita hendaklah memanfaatkan semua teknologi yang sedia ada ini sebaiknya. Maksud pembelajaran secara video teleconferencing adalah satu teknologi untuk berkomunikasi antara 2 pihak yang berada di dua lokasi yang berbeza dan kita dapat lihat dan dengar dan berinteraksi antara satu sama lain.

Kenapa video teleconferencing adalah salah satu cara pembelajaran yang efektif?
disini, saya akan selitkan beberapa cadangan saya kenapa pembelajaran secara visual ini boleh memainkan peranan penting tidak kira sama ada dikalangan pelajar mahupun pekerja.

Pertama sekali, memahami kebaikan menggunakan pembelajaran secara visual iaitu video adalah sebahagian daripada strategi untuk berhadapan "face-to-face" dengan pensyarah atau pihak kedua. Jadi, kita boleh mengutarakan pendapat dan mengadakan perbincangan melalui video. Sangat mudah bukan.



Kedua,dengan menerapkan pembelajaran menggunakan sidang video ini di sekolah rendah lagi. jika kita dedahkan mereka pada peringkat awal, jadi mereka lebih kita juga tahu bahawa dengan penglihatan,dapat mengambil perhatian pelajar sebanyak 38%, dan ini akan memberikan mereka lebih pemahaman selain daripada membaca dan mendengar.


Ketiga,mendedahkan kepada semua pelajar bahawa pembelajaran secara videoteleconferencing dapat menjimatkan wang dan masa. Ini kerana sebahagian daripada pembalajaran kita mungkin memerlukan seseorang yang pakar untuk memberikan maklumat. Contohnya, pelajar-pelajar kejururawatan memerlukan pembelajaran daripada pensyarah daripada UK untuk pembelajaran mengenai sistem kejururawatan disana. Jadi untuk menjimatkan wang daripada ke sana, jadi dengan video ini dapat menyelesaikan masalah dengan cepat.


Keempat,menjadikan sidang video ini sebahagian daripada bahan ulang kaji pembelajaran. ini kerana para pelajar dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini sebagai bahan ulangkaji dalam situasi di mana mereka dapat melihat rakaman video pengajaran dalam kelas sekaligus merasai suasana pembelajaran dalam kelas walaupun sebenarnya mereka berada di rumah dan ia dapat dicapai bila-bila masa dan dimana jua mereka berada.




Akhir sekali,menggalakkan pelajar untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian melalui sidang video contoh yang paling senang ialah skype. Seperti yang kita maklum, sidang video bukan sahaja dapat dilakukan dalam komputer sahaja, tetapi dengan menggunakan handphone atau smartphone yang mana mudah dibawa ke mana-mana sahaja,jadi pembelajaran itu menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

8 comments:

Noor Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Noor Atikah said...

Salam.
Video teleconferencing sememangnya mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah bidang yang lain juga.Dengan menggunakan video, kita dapat berkomunikasi dan berbincang dengan rakan atau pengajar tentang topik pembelajaran tanpa perlu berjumpa di dunia realiti. Perbincangan juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan adanya internet.Ini sangat memberi manfaat kepada mereka yang belajar secara jarak jauh kerana mereka tidak perlu menghadiri kelas malah dengan hanya perlu menontonnya dari tempat dimana dia berada. Oleh itu, video teleconferencing perlu di dedahkan secara meluas dalam kalangan pelajar bagi membantu mereka dalam mempermudahkan lagi proses pembelajaran.

Noor Atikah Pissal (A128002)

auscultate lub dub... said...

assalamualaikum.

Pada pendapat saya, sememangnya video teleconferencing dapat memberikan pelbagai kebaikan sekiranya digunakan. contohnya ia dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang di ajar melalui videoteleconferencing ini kerana ia keluar daripada kebiasaan suasana pembelajran di dalam kelas. Selain itu,ia juga dapat digunakan sekiranya berada di dalam situasi yang cemas contohnya seperti sekiranya terdapat satu kemalangan dan kita tidak mengetahui bagaimana mahu memberikan rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan doktor,maka kita dapat menggunakan video teleconferencing ini untuk berhubung dengan doktor untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Tambahan pula,sememangnya di akui bahawa penggunaannya dapat menjimatkan masa dan kos kerana tidak perlu untuk pergi ke luar negara sekiranya kita memerlukan sesuatu ilmu di sana kerana ia dapat disampaikan melalui videoteleconferencing.

Young Nurse's Generation said...

Assalamualaikum.
Bagi pandangan saya,videoteleconferencing memang amat diperlukan dalam semua bidang terutamanya bidang pendidikan serta perubatan.Kita boleh melakukan pertukaran maklumat tanpa perlu berjumpa disatu tempat yang sama kerana kita boleh mengadakan perbincangan tersebut secara "face to face" di dua tempat yang berbeza.Pengunaannya juga membantu pembelajaran lebih menarik serta interaktif untuk para pelajar.
NURSUNIARYATI BTE JEPON
A127501

Persona Algebra said...

assalamualaikum...
videoteleconferencing sememangnya amat penting dalam pembelajaran yang melibatkan jarak jauh. ianya bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah menyenangkan pelajar dari segi pengangkutan terutamanya bagi yang tinggal di tempat yang jauh. melalui videoteleconferencing juga kita dapat berkongsi maklumat dan pendapat tanpa batasan sempadan.

QARATUL AINI BINTI HUSSIN (A128003)

Nur Syahirah said...

assalamualaikum
Pada pendapat saya pendidkan menggunakan teleconferencing sangat berguna dalam untuk bertukar-tukar idea dan fikiran dengan orang lain seerti mereka yang berada diluar negara. Melalui video ini kta dapat bukan sahaja komunikasi tetapi dapat menunjukkan cara melakukan sesuatu perkra seperti dalam bidang perubatan kita dapat menunjukakkan cara melakukan pembedahan dengan cara yang betul dan tepat tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Bukan itu sahaja kita dapat mengakses maklumat dimana sahaja dengan kecanggihan teknologi yang kita ada. Saya bersetuju dengan maklumat penulis seperti diatas.

NUR SYAHIRAH ZAMAURI
(A130608)

Itsme_rin said...

Assalamualaikum saudari =)

Menurut pandangan saya,penggunaan videoteleconferencing dalam proses pembelajaran begitu bermanfaat sekali kepada setiap umat manusia yang hidup di era globalisasi ini. Ianya selaras dengan hasrat negara supaya setiap rakyatnya celik akan IT. Dengan adanya videoteleconferencing, maklumat dapat diterima dengan cepat dan masa juga dapat dijimatkan. Selain itu, pengenalan videoteleconferencing juga menunjukkan bahawa jarak bukanlah satu penghalang dalam menuntut sesuatu ilmu iaitu melibatkan proses menerima atau menyampaikan maklumat. Justeru, bersamalah kita manfaatkan segala kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya iaitu berlandaskan syariat Islam yang telah ditetapkan. Insya Allah...

RINANE BINTI MOHD SALEH (A127571)

Faz said...

salam...
saya berpendapat teleconferencing merupakan salah satu kaedah pembelajaranyang boleh dibuat pada masa ini. Videoteleconferencing membolehkan dua individu bertukar-tukar pendapat dan menimba ilmu. Ini sangat berguna kepada bukan sahaja pelajar malah pekerja dalam menambahkan pengetahuan. Videoteleconferencing harus dipraktik dalam semua sektor untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian

Nur Farzana Zam Zam
A128152

Post a Comment


up
Copyright© All Rights Reserved menujukejalan-nya.blogspot.com