Sepertimana yang kita tahu, pembelajaran pada zaman sekarang adalah lebih mudah kerana semuanya terletak dihujung jari. Jadi, kita hendaklah memanfaatkan semua teknologi yang sedia ada ini sebaiknya. Maksud pembelajaran secara video
teleconferencing adalah satu teknologi untuk berkomunikasi antara 2 pihak yang berada di dua lokasi yang berbeza dan kita dapat lihat dan dengar dan berinteraksi antara satu sama lain.
Kenapa video
teleconferencing adalah salah satu cara pembelajaran yang efektif?
disini, saya akan selitkan beberapa cadangan saya kenapa pembelajaran secara visual ini boleh memainkan peranan penting tidak kira sama ada dikalangan pelajar mahupun pekerja.
Pertama sekali, memahami kebaikan menggunakan pembelajaran secara visual iaitu video adalah sebahagian daripada strategi untuk berhadapan "
face-to-face" dengan pensyarah atau pihak kedua. Jadi, kita boleh mengutarakan pendapat dan mengadakan perbincangan melalui video. Sangat mudah bukan.
Kedua,dengan menerapkan pembelajaran menggunakan sidang video ini di sekolah rendah lagi. jika kita dedahkan mereka pada peringkat awal, jadi mereka lebih kita juga tahu bahawa dengan penglihatan,dapat mengambil perhatian pelajar sebanyak 38%, dan ini akan memberikan mereka lebih pemahaman selain daripada membaca dan mendengar.
Ketiga,mendedahkan kepada semua pelajar bahawa pembelajaran secara
videoteleconferencing dapat menjimatkan wang dan masa. Ini kerana sebahagian daripada pembalajaran kita mungkin memerlukan seseorang yang pakar untuk memberikan maklumat. Contohnya, pelajar-pelajar kejururawatan memerlukan pembelajaran daripada pensyarah daripada UK untuk pembelajaran mengenai sistem kejururawatan disana. Jadi untuk menjimatkan wang daripada ke sana, jadi dengan video ini dapat menyelesaikan masalah dengan cepat.
Keempat,menjadikan sidang video ini sebahagian daripada bahan ulang kaji pembelajaran. ini kerana para pelajar dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini sebagai bahan ulangkaji dalam situasi di mana mereka dapat melihat rakaman video pengajaran dalam kelas sekaligus merasai suasana pembelajaran dalam kelas walaupun sebenarnya mereka berada di rumah dan ia dapat dicapai bila-bila masa dan dimana jua mereka berada.
Akhir sekali,menggalakkan pelajar untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian melalui sidang video contoh yang paling senang ialah skype. Seperti yang kita maklum, sidang video bukan sahaja dapat dilakukan dalam komputer sahaja, tetapi dengan menggunakan
handphone atau
smartphone yang mana mudah dibawa ke mana-mana sahaja,jadi pembelajaran itu menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.